Wednesday, 17 June 2015




Ayam Masak Lemak










Bahan bahannya.

5 ulas bawang merah*

4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
sehelai daun kunyit yang di carik2.
1/2 ekor ayam yang dipotong dan digoreng separuh masak.
2biji ubi kentang ,di kupas kulitnya.dipotong 4bahagian setiap sebiji ubi kentang..
3 batang serai dititik.
2 cawan santan pekat.
air garam dan perasa secukup rasa..
minyak sedikit..

Penyediaanya.

kisar semua bahan bertanda**.
tumis serai dititik,kemudian masukkan bahan yang dikisar.tumis sehingga naik bau..masukan ubi kentang.dan air sedikit untuk ubi itu biar empuk..
setelah ubi kentang empuk masukan ayam .masak seketika,,

dan masukkan santan,garam,perasa dan daun kunyit,,masak dengan api sederhana..selama 3 minit sehingga sebati rasanya.hendaklah dikacau selalu semasa santan dimasukkan untuk mengelak santan pecah minyak..apabila telah mendidih,,tutup api dan sedia untuk dimakan bersama nasi putih,.selamat mencuba..tips sebelum memasak baca bismillah dahulu.dan masak dengan hati yang ikhlas,gembira..insyaAllah masakan anda akan sedap...selamat mencuba,,,,,,:):)

Thursday, 4 June 2015


 Cream Puff

















Assalamualaikum, Selamat petang semua , hope uols sihat semua....hahaha sempana cuti sekolah 2 minggu ni Yie nak kongsi resepi senang dan mudah sediakan.Pernah x uols dengar pastri choux...or senang org melayu cakap krim puff....Ada macam jenis krim puff ni ada yang manis, pedas &  berkrim .Jom kita try buat....


Resepi pastri
100 gm butter (2 sudu besar).  
1 cawan air (250ml).  
1 cawan tepung gandum .
secubit garam. 
4 / 3 biji telur.  
1 sdk esen vanila.

Cara-cara  
1.Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow je.  
2.Masukkan tepung & garam. Jangan pelik pulak mamang kaedah mcm ni huhhuhu . Tutup api terus kacau cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat nanti air kurang dan adunan jadi keras.  
3.Dah sebati tu biarkan doh sejuk. Yie nak cepat masuk dalam mixer pukul sampai suam skit.  
4.Pukul telur dan esen vanilla pakai sudu pon boleh.  
5.Masukkan telur skit demi skit dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sampai sebati. * kalau agak2 lembik kurangkan telur.(jangan masuk kan telur if doh panas nti telur masak puff x naik)  
6.Panaskan oven 200 celcius.  
7.Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (Yie pakai nozzle sederhana kecik bentuk bintang 8 bucu) buat bentuk bulat naik keatas mcm ais krim. Yang malas 2 boleh guna sudu mcm buat cucur.  
8.Spry/ renjis/ sapu air atas puff  sebelum masuk oven. (penting utk die menggebu n mengembang dgn jaya) 9.15 min pertama bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180 celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven nanti tak naik gebu)  
10. Dah siap, belah sket dan pipingkan inti kastad.


Filling inti kastad
6 sudu besar kastad
1 or 2 biji telur
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 or 4 sudu besar gula


Cara-cara
1.Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2.Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3.Sampai bergelegak & pekat skit baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4.Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun boleh. Biasa Yie buat inti masa tunggu adunan puff sejuk.
5.Tabur gula icing atas creampuff. 




Dah siap resepi hope uols dapat try buat time cuti or bulan ramadhan yang bakal menjelma ni huhuhuhu

Wassalam
 


Monday, 25 May 2015

Kek Span Vanilla















Assalamualaikum,
Hari ini Yie kongsikan satu lagi resepi kek span asas.
Bahan-bahannya.

4 biji telur gred A
1cawan gula halus
1 cawan tepung kek/ tepung gandum *
2 sudu makan  air (sejuk )
1 sudu teh  baking powder *
15 gm ovellete (1 sudu makan)
2 sudu makan  minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
* ayak tepung bersama baking powder
Cara membuatnya

1.Panaskan ketuhar pada suhu 180’c (panaskan 15 minit awal ) .
2.Pukul telur sebati , masukan gula halus dengan ovellete, pukul hingga kembang dan gebu
3.Speed perlahan ,masukkan tepung  yang telah diayak bersama baking powder , diselang-selikan bersama air hingga sebati dan gebu (jangan over mix)
4.Berhenti mixer, tuangkan minyak  dan kaup balik dengan senduk kayu / spatula hingga rata.
5.Masukkan adunan kedalam loyang 8 x8 inci atau acuan bulat 8 inci yang telah dilapik dengan kertas kek yang disapu butter sekelilingnya.
6.Bakar dengan api atas bawah selama  30 minit - 35 minit.
7.Bila kek telah masak , keluarkan dari ketuhar, biar sekejap  5 minit, lepas itu terus keluarkan dari loyang ,terbalikkan kek atas redai sekejap dalam 1 minit, buat cepat-cepat, sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.Ingat kek span sensitive sikit.


Selamat Mencuba…. <3 <3