Monday, 25 May 2015

Kek Span Vanilla















Assalamualaikum,
Hari ini Yie kongsikan satu lagi resepi kek span asas.
Bahan-bahannya.

4 biji telur gred A
1cawan gula halus
1 cawan tepung kek/ tepung gandum *
2 sudu makan  air (sejuk )
1 sudu teh  baking powder *
15 gm ovellete (1 sudu makan)
2 sudu makan  minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
* ayak tepung bersama baking powder
Cara membuatnya

1.Panaskan ketuhar pada suhu 180’c (panaskan 15 minit awal ) .
2.Pukul telur sebati , masukan gula halus dengan ovellete, pukul hingga kembang dan gebu
3.Speed perlahan ,masukkan tepung  yang telah diayak bersama baking powder , diselang-selikan bersama air hingga sebati dan gebu (jangan over mix)
4.Berhenti mixer, tuangkan minyak  dan kaup balik dengan senduk kayu / spatula hingga rata.
5.Masukkan adunan kedalam loyang 8 x8 inci atau acuan bulat 8 inci yang telah dilapik dengan kertas kek yang disapu butter sekelilingnya.
6.Bakar dengan api atas bawah selama  30 minit - 35 minit.
7.Bila kek telah masak , keluarkan dari ketuhar, biar sekejap  5 minit, lepas itu terus keluarkan dari loyang ,terbalikkan kek atas redai sekejap dalam 1 minit, buat cepat-cepat, sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.Ingat kek span sensitive sikit.


Selamat Mencuba…. <3 <3

No comments:

Post a Comment