Thursday, 4 June 2015


 Cream Puff

















Assalamualaikum, Selamat petang semua , hope uols sihat semua....hahaha sempana cuti sekolah 2 minggu ni Yie nak kongsi resepi senang dan mudah sediakan.Pernah x uols dengar pastri choux...or senang org melayu cakap krim puff....Ada macam jenis krim puff ni ada yang manis, pedas &  berkrim .Jom kita try buat....


Resepi pastri
100 gm butter (2 sudu besar).  
1 cawan air (250ml).  
1 cawan tepung gandum .
secubit garam. 
4 / 3 biji telur.  
1 sdk esen vanila.

Cara-cara  
1.Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow je.  
2.Masukkan tepung & garam. Jangan pelik pulak mamang kaedah mcm ni huhhuhu . Tutup api terus kacau cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat nanti air kurang dan adunan jadi keras.  
3.Dah sebati tu biarkan doh sejuk. Yie nak cepat masuk dalam mixer pukul sampai suam skit.  
4.Pukul telur dan esen vanilla pakai sudu pon boleh.  
5.Masukkan telur skit demi skit dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sampai sebati. * kalau agak2 lembik kurangkan telur.(jangan masuk kan telur if doh panas nti telur masak puff x naik)  
6.Panaskan oven 200 celcius.  
7.Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (Yie pakai nozzle sederhana kecik bentuk bintang 8 bucu) buat bentuk bulat naik keatas mcm ais krim. Yang malas 2 boleh guna sudu mcm buat cucur.  
8.Spry/ renjis/ sapu air atas puff  sebelum masuk oven. (penting utk die menggebu n mengembang dgn jaya) 9.15 min pertama bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180 celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven nanti tak naik gebu)  
10. Dah siap, belah sket dan pipingkan inti kastad.


Filling inti kastad
6 sudu besar kastad
1 or 2 biji telur
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 or 4 sudu besar gula


Cara-cara
1.Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2.Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3.Sampai bergelegak & pekat skit baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4.Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun boleh. Biasa Yie buat inti masa tunggu adunan puff sejuk.
5.Tabur gula icing atas creampuff. 




Dah siap resepi hope uols dapat try buat time cuti or bulan ramadhan yang bakal menjelma ni huhuhuhu

Wassalam
 


No comments:

Post a Comment